ana mengejek ana die berkata jannah,kau pakai selimut eah..
Jumaat, 11 Februari 2011
Moga Diri Ini Bersabar..
ana mengejek ana die berkata jannah,kau pakai selimut eah..
Selasa, 8 Februari 2011
Pakai Tudung Tapi Seksi..
kamu mahu memikat siapa?pergi sekolah niat untuk menuntut ilmu atau ingin memikat lelaki..??
Jumaat, 4 Februari 2011
Bagaimana bercouple cara islam.??
Ana rindu ukhti sangat-sangat
puisi
persahabatan tidak terjalin secara otometik tetapi
membutuhkn masa yang panjang,
seperti besi menajamkn besi,
demikianlah sahabat menajamkn sahabtnye,
persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,
dihibur-disakiti-diperhatikan-dikecewakan-diabaikan
-dibantu bahkn ditolak namun semua itu tidak pernah
sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
seorang sahabat tidak akan
menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya
semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati.
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya...
Khamis, 3 Februari 2011
Sensitiviti Foto Di Laman Sosial
Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.
Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharingyang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.
Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?
Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.
Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.
Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu. Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online. Minta kawanremove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.
sumber:iluv islam
kan boleh gambar tue di bgi kepada orang trtentu tpi kenape tidak membuatnya??
ker saja mahu memaparkn muka yg menawan haty lelaki..
kalau tidak tahu membuatnya bertanyelah kepada orang yang tahu..
maaf klu bahasa kasar sedikit..
wallahualam..
sumber:ana punya sendiri.
Hari kekasih-laluan kemungkaran.
Khamis, 27 Januari 2011
Jauhkan Rindu
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.




