Memaparkan catatan dengan label diari cahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari cahaya. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Februari 2011

Moga Diri Ini Bersabar..

In The Name Of Allah..

Ana bernekad untuk memakai tudung labuh di sekolah
sebelum ini ana memakai tudung lerang 45
tapi sekarang ana memakai lerang 60 di sekolah
pada hari selasa ana memakai tudung itu dan macam-macam ujian
yang menimpa diri ini tapi ana rasa tidak seberat ujian Nabi Muhammad.Alhamdulillah..
ana di ejek oleh kawan-kawan di kelas..
masa bm ana turun hendak pergi perpustakaan,tapi cikgu cakap tak jadi
sebab nanti budak lelaki memekak..
ana masuk ke kelas.belum sempat duduk lagi ada serang akhi dalam kelas
ana mengejek ana die berkata jannah,kau pakai selimut eah..
ana tidak perduli dengan omongan itu,
dia ulang lagi wey  pakai selimut ke!!!
ana pun mencapai apa yang ada di atas meja..
ana baling ke arahnya tetapi tidak kena kepadnya,
tetapi terkena kepada kawan yang duduk di sebelahnya..
rupanya ana  membaling sebuah buku teks..
terkena kepada mata kawanya..


selepas itu ana menangis..
dan kawanya berkata wey kau dah buat budak nie ko nangis pulak..
ana mengelap air mata ana dan ana berkata
"asal akhi ejek ana??Allah yang suruh tutup aurat macam ni
abis akhi nak ejek Allah ke?!!hah.!! 
ana jalan kan apa yang Allah suruh..
patu budak kelas ana memandang ana
dan meraka semua senyap..
cikgu yang berada die hadapan kelas senyap aja melihat ana..
cikgu itu berbangsa cina..
selepas habis masanya
kami sekelas pergi ke bilik seni..
ana berkata kepada nta yang terkena balingan ana tadi..
Mirul sory tau..terkena kat nta pulak..
dalam hati ana berkata entah-entah dak mirul ada pandang yang bukan-bukan 
kot tu yang terkena di mata die.. :)
lepas itu aku menyalin kerja yang terpang-pang di papan putih.
ade budak lelaki lagi sorang bersuara die berkata cikgu ade superman.
selepas itu ana memalingkan muka ana die arah budak itu.
dan die tertawakan ana..
lepas itu ana menyambung kerja ana dan tidak endahkn die
die berkata wey kau nak terbang eah?
ana membuat muka marah..
dan die senyum..

itulah cerita hari pertama ana memakai tudung lerang 60..
dan ana bertanya kepada akk angkat ana..
patut ke ana melayan budak-budak itu
akk ana berkata tak payah layan die orang..
diam saja..
kalau kita diam,die akan berhenti mengejek kita
ana ikut apa yang akk ana cakap kepada ana..



MOGA AKU BERSABAR PADA UJIAN YANG 
MENDATANG.

Wallahu A'lam



Khamis, 27 Januari 2011

Jauhkan Rindu


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
sumber:iluv islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...