Memaparkan catatan dengan label sahabatku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabatku. Papar semua catatan

Khamis, 21 April 2011

Friend 4 ever,InsyaAllah


  Ketika di dalam kelas saya rasa diri saya teruk sebab suasana kelas,iaitu rakan yang mengata rakan,mengumpat dan bergelak ketawa,saya merasakan bila bersama mereka iman suma dOwn..
saya cube mencari rakan yang tidak ikut sertai dengan mereka..Alhamdulillah jumpa..
tapi orangnya xpakai tudung..emm walaupun dia xpakai tudung,dia sangat baik.,lemah lembut.,
cantik.,dan sangat memahami diriku..semasa di dalam kelas dia berkata dengan saya jannah mulai hari ni
kta duduk sesama ea..saya menjawab "ok".. kawan sekelasku datang ke tempatku namanye arbiah 
dia cakap salam ustzh..dan mengejek-ngejek pakaian yang sedang saya pakai..saya tunggu sampai dia dah abis bercakap saya cakap"dah abis!"..dia masih trkaku dihadapanku..temanku berkata"ko ni suka sakit an ati dye dan kutuk2 dye xbaik ar!!"saya trkejut melihat dia memarahi arbiah,selalunya dia orang yang lembut..
saya cube bertanye kepada temaku itu namanya raihan"aik asal tetiba emO kat biah"dye menjawab "xkan kita nak biarkan ko dingata-ngatakan"aku tersenyum..:) 
  lepas rehat...anis memberi tahu kepadaku bahawa pencil bOx saya kena selOngkar..orang itu tinggalkan sebatang pencil jek..saya merasa sedih sesangat..raihan masuk ke kelas selepas habis brtugas.dia brtanye kepadaku nape ni?saya mnjawab tengOklah pencil bOx kte..dia kata "xpe kita share pen ea"..padahal dia bawak sebatang pen saja..kami bertukar2 mengunanya..saya sangat simpati,ada juga kawan sebaik ini..syukur sesangat..dan raihan selalu baek up saya kalau kengkawan mempersalahkanku..
kalau cikgu tiada di dalam kelas suma murid membuat bising..kalau perempuan membuat kelakar..dan ketawa mengalahkan lelaki..saya dan raihan duduk jek  berbual sambil membuat kerja raihan brkata"biarkan dia orang..xpayah layan..."kekadang saya terikut dengan perbuatan mereka jikalau raihan tidak hadir..

Alhamdulillah Ya Allah kau jumpakan aku rakann sebaik dia..dan muda-mudahan di suatu hari nanti dia akan menutup aurat dan mengerjakan solat..


Ahad, 13 Mac 2011

surAt unTuk awaK..

In The Name Of Allah 

Salam sayang untuk awak



Awak,

Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak 'up to date' macam awak ni.

Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.

Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.

Awak,

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:"Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)

01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. 'Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak.' Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.

Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak pernah saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.

Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara 'direct' tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.

Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya
"respect" dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak
mengerti maksudnya.

Yang Benar,

Kami yang sangat sayangkan awak.

wallahu a'lam.
sumber : luv islam

Jumaat, 4 Februari 2011

Ana rindu ukhti sangat-sangat

Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang

Pada hari sabtu 29 hri bulan januari
ana berjumpa dengan ukhti sis
selama ini kenal di fb jek tapi sekarang,
berjumpe die depan mata sendiri..
berasa puas..
akk sis selalu membuat ana tertawa,tersenyum.
terima kasih kak..
ana sayang akk sis fillah
akk ana sangat merindui ukhti
ana merindui telatah ukhti..susah untukku jelaskn..
hati ini bertanya-tanya adekah kita akan berjumpa lagi?

hemm kita baru first time jumpa,
 hati ana sampai begini sekali merindui ukhti Allah2..
apa aura ukhti sampi buat ana begitu merindui ukhti..
ana masih menyimpan memori kita bersama
walau pun ukhti tidak selalu bersama ana..

puisi

persahabatan tidak terjalin secara otometik tetapi
 membutuhkn masa yang panjang,
seperti besi menajamkn besi,
demikianlah sahabat menajamkn sahabtnye,
persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,
dihibur-disakiti-diperhatikan-dikecewakan-diabaikan
-dibantu bahkn ditolak namun semua itu tidak pernah 
sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
seorang sahabat tidak akan 
menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
 justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya
semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati.
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya...


wallahua'lam

cahaya jannah
~rindu ukhti fillah~
4 febuari 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...