Khamis, 7 April 2011

masalah ikhtilat dlaman FACEBOOK


Permasalahan ikhtilat yang berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus juga berlaku. 
Semoga penjelasan ini menimbulkan kesedaran kita dan seterusnya menolong menyelesaikan permasalahan ini. Ikhtilat yang tidak dikehendaki syara' merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas dan liar melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al-Quran dan as-Sunnah.

"Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mata merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat."

Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain. Oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik. Firman Allah Taala yang bermaksud ; "Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.

Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat wanita yang bukan mahramnya tanpa tujuan yang hak. Firman Allah yang bermaksud ; "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka" - surah Nur:31.

Sabda Rasulullah SAW ;

يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة

Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).

Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mata merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat.

Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berasaskan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara.

Terdapat banyak perkara yang kurang diketahui umum terutama umat islam sendiri..jadi,banyak2 membaca tuk menambahkan pengetahuan supaya dapat diamalkan tuk bekalan dunia akhirat..

wallahualam.

sumber:nota seorg sahbat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...