Khamis, 27 Januari 2011

Jauhkan Rindu


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.
Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
sumber:iluv islam.

Selasa, 25 Januari 2011

Ya Allah ampunilah hambamu ini..

In tHe name Of Allah..
Dulu:
aku telah melakukn banyak kesalahn kepadamu..
aku telah brcouple..dgn diluar dugaan keluarga..
dan keluarga mendapt tahu..kerana akaku selalu
cek hponeku..dan aku die marah oleh family..
aku brnekad untuk tidak membuat perkara terkutuk itu lagi..
..selepas aku menengkt dewasa..aku bercouple lagi..Allah2..
family dapt tahu juga..ini kali ke 2 aku brcouple..dan kali
ke dua die marah kerana melayan lelaki die fb dan die hpone..
dan kali ini aq bernekad betul-betul untk tidak membuat prkara itu lagi..
DULU:::
Sekarang::
aku telah bernekad untuk tidak bercouple lagi
dan kalau tersuka seseorg perlu diam-diam,
dan tidak perlu membuat tindakn diluar batasan..
sekarang aku tengah mencuba menjaga iman dan menjaga pandanggan..tetpi kenapa fmily aku tidak memprcayai aku?asal balik sekOlh lambt sikt ditye ko asl blik lambt?aku brkata ade perjumpaan
pengaws pust sumber...ayahku berkata,bukn perjumpaan dgn lelki?Nauzubillah..aku tidak pernah
buat begitu..padahl aku sudah membri tahu kepade umi hari ini ade perjumpaan PSS..
Aku masih darelah..aku belum pernah die sentuh..wlu pon dulu aku bercouple aku tidak pernah
dating..n xpernah jumpe..tpi aku tahu itu dose...cubalah bgi semangt,nie bgi aku lemah..janji aku
xbuat semua itu..semoga aku tidak berputus asa untuk berubah.
pic sekarang::


Wallahu'alam...

Jumaat, 21 Januari 2011

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati. 
 
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara. 
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu. 

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui. 

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan. 

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk. 

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan. 

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji. 

Sekuat manakah cintamu padaNYA. 

Sehebat manakah kasih kamu padaNYA. 

Datang ujian dalam pelbagai cara. 

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA. 

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, 

maka bergembiralah. 

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, 

maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah. 

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya. 

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji. 
Dari ujian  itulah, 
DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.
 
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta, 

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata. 

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, 

maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati. 

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri, 

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga. 

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu. 

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati. 
 
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia. 

Dia akan datang. 

Itu sudah pasti. 

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu. 

Moga datangnya cinta insani itu, 

akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, 

adalah umpama padang pasir yang kegersangan..  
sumber:blog hijratul insan ilallah

Hati, Jagalah Hati.

Bila hati bersih, maka bersih pula akhlaqnya..
Bila hati bercahaya, maka mulialah cara bicaranya..


Bila hati sihat, maka terjagalah lisan ucap katanya..

Bila hati selalu terjaga dlm Nurr`Nya, maka baiklah semua jalan-jalan hidupnya...

semoga dengan RahimNya kita bisa memperolehi hati yang bersih, bercahaya, sihat dan selalu terjaga dalam Nur-Nya. Agar nantinya kita mendapatkan akhlaq yang bersih dari karat-karat jahiliah yang tersisa, bicara yang mulia, lisan yang terjaga dan jalan hidup kita belaka. Insya'Allah.. Amin3 Ya Allah.. Berdoalah saudaraku seiman dan seperjalanan dalam menuju Allah..




Rasulullah S.A.W bersabda:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Allah.. kurniakanlah kami kekayaan hati. itu sudah cukup bagi kami. Agar nantinya kami merasa cukuplah hanya Engkau bagi kami. amin3 ya Allah..



Hati manusia yang terisi dengan al-Quran seperti gelas yang terisi air. Sejuk hati dan tenang sentiasa. Bila diuji mudah sahaja kembali kepada Allah kerana tautan hatinya berdasarkan kalam Allah. Lantas keyakinannya hanya diletakkan kepada penciptanya.

Subhanallah.. 
Ya Allah jadikanlah hati kami, hati yang basah dengan kalamMu yang mulia.. Kami ingin merasa sejuk dan tenang sentiasa ya Allah.. 
Istajibillahumma dua' ana ya Allah.. T_T
Bila hati bersih, maka bersih pula akhlaqnya..
Bila hati bercahaya, maka mulialah cara bicaranya..

Bila hati sihat, maka terjagalah lisan ucap katanya..
Bila hati selalu terjaga dlm Nurr`Nya, maka baiklah semua jalan-jalan hidupnya...

semoga dengan RahimNya kita bisa memperolehi hati yang bersih, bercahaya, sihat dan selalu terjaga dalam Nur-Nya. Agar nantinya kita mendapatkan akhlaq yang bersih dari karat-karat jahiliah yang tersisa, bicara yang mulia, lisan yang terjaga dan jalan hidup kita belaka. Insya'Allah.. Amin3 Ya Allah.. Berdoalah saudaraku seiman dan seperjalanan dalam menuju Allah..



Rasulullah S.A.W bersabda:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Allah.. kurniakanlah kami kekayaan hati. itu sudah cukup bagi kami. Agar nantinya kami merasa cukuplah hanya Engkau bagi kami. amin3 ya Allah..



Hati manusia yang terisi dengan al-Quran seperti gelas yang terisi air. Sejuk hati dan tenang sentiasa. Bila diuji mudah sahaja kembali kepada Allah kerana tautan hatinya berdasarkan kalam Allah. Lantas keyakinannya hanya diletakkan kepada penciptanya.

Subhanallah.. 
Ya Allah jadikanlah hati kami, hati yang basah dengan kalamMu yang mulia.. Kami ingin merasa sejuk dan tenang sentiasa ya Allah.. 
Istajibillahumma dua' ana ya Allah.. T_T

Khamis, 20 Januari 2011

Dosa Percuma

Sambil melihat blog-blog yang ada, aku  melewati  blog Ustaz Zaharuddin. Aku tertarik dengan artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.
Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah  panduan untuk bertudung.
Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Jom kita lihat   kesalahan wanita tentang menutup aurat. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah  betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.
Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya.
Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.
Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung  yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.
Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
"Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka."
Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.
"Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi."
(Riwayat At-Tirmizi).
Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?
Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.
Nak tahu cara sebenar bertudung muslimah yang sempurna? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.
Jom kita nilai kualiti tudung kita . Jom baca hasil tulisan ustaz Zaharuddin.
Manis kan?
Jadi, apabila terbaca artikel kat blog  Ustaz Zaharuddin , fikirkan  semula sejauh mana kita sebagai  kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya juga  menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tetapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.
kita  menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Kerana tudung kita tidak sempurna!
Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI...
A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...