Isnin, 12 Disember 2011

Dunia Siber

Kemunculan dunia siber membuka satu lagi ruang bagi syaitan menyesatkan manusia. Dengan hanya duduk di rumah, lelaki dan perempuan dapat berdua-duaan sambil berbual-bual dan bermesra tanpa dilihat oleh orang lain.
Berdua-duan di alam siber sama bahayanya dengan berdua-duan di taman bunga atau di waterfront. Kedua-dua perbuatan itu dapat membawa kepada maksiat zina dan yang sewaktu dengannya. Kononnya dengan klik sana dan klik sini tulis itu dan tulis ini sebagai satu bentuk penghargaan kepada keindahan ciptaan Tuhan khususnya ditujukan buat wanita. Sedangkan hal ini adalah perbuatan yang melemahkan iman. Kesannya, jiwa jadi kacau, lesu dan tidak keruan.







Awas dengan aktivisme berdua-duaan di alam siber. Aktiviti ini memungkinkan denyut 'zina hati', ditakuti tergelincir ke dalam jurang maksiat yang lebih besar beserta kemurkaan Allah.
Elakkan diri daripaada berdua-duaan di tempat sunyi, disebabkan syaitan berusaha ke arah maksiat yang lebih besar. Bagi jalan yang lebih selamat, segerakan nikah! 


sumber:blog kakak 

Jumaat, 2 Disember 2011

Mengapa Perasaan Perempuan Selalu Lemah?

Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.
Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.
Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.
Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.
Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.
Saidina Umar pernah berkata : "Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya."
Saidina Ali juga pernah berkata : "Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian)."
Indahnya kata-kata mereka.
Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." (Surah An-Nur : 30-31)
Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.
Bagi aku, kadangkala sikap 'double standard' selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.
Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.
Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.
Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.
Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.
Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.
Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.
Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!
sumber:luv <3

Sabtu, 20 Ogos 2011

Antara ‘terlanjur’ dan ‘melanjur’





Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.
Bukti-bukti yang terpampang di depan mata sering diambil remeh oleh sesetengah masyarakat kita. Seolah-olah kerosakan masyarakat kita berada pada tahap minima. Mereka lebih menumpukan perkara-perkara remeh walhal perkara sedemikian inilah yang patut ditumpu. Di manakah tahap kerosakan masyarakat kita sekarang? Dan pernahkah anda terfikir sejauh manakah bilangan mereka yang terbabit dalam perbuatan yang tidak bermoral ini? Jikalau bukti melalui media di ambil kira untuk mengetahui tahap kerosakan masyarakat kita, dengan sukanya saya menyenaraikan beberapa kaedah terpilih untuk mengira secara kasar bilangan mereka yang ‘terlanjur’. Namun untuk setiap kaedah, terdapat persoalan-persoalan yang perlu diperhalusi.
1. Jikalau jumlah bayi terbuang yang ditemui diambil kira untuk menentukan pasangan yang 'terlanjur', misalnya dalam jumlah sekian, berapakah pula jumlah bayi yang tidak dijumpai langsung atau disorok? Bagaimana pula dengan pasangan yang 'terlanjur' tetapi tidak/belum menghasilkan bayi? Adakah lebih ramai?

2. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ yang telah ditangkap khalwat oleh pihak jabatan agama adalah dalam jumlah sekian, berapakah pula pasangan ‘terlanjur’ yang tidak dapat dikesan langsung? Bukankah lebih ramai?

3. Jikalau pasangan ‘terlanjur’ dikira berdasarkan imej atau video yang tersebar melalui internet, bagaimana pula dengan imej atau video yang masih tersorok atau tersimpan rapi? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak langsung merakam adegan terkutuk itu? Tentu lebih ramai?
Dan sekarang anda memilih kaedah mana untuk menentukan tahap kerosakan masyarakat kita yakni mereka yang ‘terlanjur’? Ya, memang tidak munasabah untuk menggunakan mana-mana kaedah, malah jika kita menggabungkan kesemua kaedah-kaedah tersebut pun belum tentu untuk mencapai bilangan sebenar jumlah mereka yang ‘terlanjur’. Malah, mana mungkin dapat mewakili 5% daripada mereka yang 'terlanjur'? Itu baru sahaja mereka yang ‘terlanjur’, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berjinak dengan aksi ‘ringan-ringan’? Astagfirullah, memang tidak dapat digambarkan betapa sudah rosak masyarakat pada hari ini.
Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?
Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Pada dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalangan remaja-remaja berumur 18 tahun ke atas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta untuk mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber'couple' akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah persedian dalam menghadapi rumah tangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’ dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasaan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-berulang berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkannya gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.
Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan 'peristiwa' yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’. Agak pelik bukan bagaimana 'peristiwa' sedemikian boleh berlaku secara tidak sengaja sedangkan proses-proses yang dibincangkan tadi memang menjurus kepada 'peristiwa' itu. Apabila berlaku 'peristiwa' itu, pihak yang beruntung sudah tentu salah satu kaum dari pasangan terbabit yang dipanggil lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘cinta’. Tetapi yang bakal merana, menanti kesudahan peristiwa itu tidak lain adalah kaum hawa.
Wahai kaum muslimah, tidak sedarkah kalian, di sebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya. Anda sering berdalih mengatakan pasangan anda berbeza dengan yang lain, baik dan segala pujian buat mereka, tetapi selang berapa lama kemudian, lelaki yang dikatakan berbeza itu akan menjadi tidak berbeza pula. Ketahuilah jika anda kata pasangan anda adalah ‘baik’, yang sebenarnya sebaik-baik insan itu adalah mereka yang tidak terjebak dalam budaya yang menjurus kepada ‘terlanjur’ ini.

Allah telah berfirman, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur :26)


Sebagai penutup kata, perihal mengenai buang bayi tidak akan sampai ke penghujung jika kita masih tidak sedar akan pangkal asalnya. Alangkah lebih baik jika kita mencegah daripada merawat. Seringkali kita melontar kekecewaan terhadap mereka yang membuang bayi sedangkan kita sedang diseliputi budaya yang menjurus kepada pembuangan bayi tersebut. Selagi kita duduk mempertahankan budaya ini, selagi itulah berita-berita menyentuh jiwa ini tersebar meluas. Tidak cukupkah lagi dengan komentar para ustaz mahupon ilmuan tempatan yang mengulas mengenai isu ini? Mereka yang mempertahankan couple sering berselindung di atas hujah seorang yang dipanggil 'ustaz' sedangkan jumhur yang lain berkata sebaliknya. Mengapakah tidak mengikut jalan majoriti tetapi mengikut jalan minoriti ibarat bertanyakan hukum merokok daripada 'ustaz' yang merokok? Jangankan bila sudah tertanam benih yang haram baru hendak bertaubat. Nauzubillah… sesungguhnya kita sudah berada pada penghujung zaman seperti yang diperkatakan nabi.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. ( Hadis Riwayat Muslim)

Tidak hairanlah jika zaman mak bapa kita dulu, apabila tersebarnya kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia dalam lingkungan 18 tahun pun sudah heboh satu kampung. Tetapi pada hari ini, kisah pasangan yang ‘terlanjur’ berusia 13 tahun sudah menjadi lumrah kehidupan, sejajar dengan tersebarnya budaya couple di kalangan mereka. Dan akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu pelakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka yang ber'couple' bakal melalui proses-proses ke arah 'terlanjur', lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang sudah mengetahui bakal 'tak sengaja melanjur'? Tepuk dada, tanya iman. Sekian.

apa itu IKHTILAT??

salam.di sini saya ingin kongsi ilmu kepada sesiapa yang membacanya
Ikhtilat ialah PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN ianya adalah haram dan menghampiri zina..sekarang ramai wanita2 yg memakai tudung labuh yang xmenjaga IKHTILAT dan ada yang tak tahu apa itu ikhilat..




ciri-ciri orang yang tidak menjaga ikhtilat :

  • bermesg dengan lelaki..(tanpa tujuan)
  • komen-mengomen didalam FB dengan LELAKI (tanpa tujuan)
  • bercouple dan tentunya haram.
  • berbual DENGAN LELAKI..
  • berjalan bersama-sama(LELAKI) 
  • bagi nombor telefon dekat lelaki (tanpa tujuan) 





















ciri-ciri orang yang menjaga ikhtilat :


  • tak akan sesuka sahaja mesg lelaki.(kecuali ada hal penting)
  • tak akan meminta nombor lelaki (kecuali ada hal penting)
  • tidak berbual dengan lelaki (tanpa tujuan)
  • tidak akan sesuka hati komen-mengomen dilaman fb dengan lelaki (tanpa tujuan)
bersamalah kita mengubah diri..
wallahu a'lam..

Isnin, 15 Ogos 2011

aku terseksa..aku merasakan aku tiada sesiapa.



Allah je la yg tahu bertpa trseksanya diri nie..tapi walaupun hati ini diri ini trseksa aku masih tersenyum,aku masih bisa ketawa..kerana kalau aku murung dan mnangis aku mmbuatkan org sekelilngku tidak suka melayanku dan mereka tak akn memujukku..:'(..rsa nk mnjerit..argh!!!!!!!!!!!!!!!!!​!!!!!!!!!!!!!!!! 







kadang-kadang aku xsuka dengan kehidupan ini aku rasa terseksa sangat..dulu aku seperti org xberiman aku rasa nak bunuh diri,rasa benci sangat dengan kehidupan sebegini 





Ya Allah tenangkan lah hati ini,bahagiakanlah hidupku..

Waallahu a'lam








Jumaat, 12 Ogos 2011

Malas nak study?..

bismillah

erghhh malas larh nak study?eh macam mne ni isnin ni dah nak exam tp tetap malas..

Ya Allah buanglah sifat malas pada diri aku ni..... 
malas nak belajar tapi nak berjaya..hermm macam mana tuw?




Moga2 hati ni ingin study..




semoga berjaya!!chaiyok!!lau nak berjaya kenalah study ye..




Isnin, 16 Mei 2011

temu dengan Jodoh,TANPA berCOUPLE

Bismillah..




Suatu hari diriku dikejutkan dengan sebuah pertanyaan..

"Ada seorang insan sedang mencari gadis untuk dijadikan teman hidupnya, awak dah berpunya ke?" begitulah lebih kurang pertanyaan yang diperolehi..

"apa pun awak istikharah dulu lah ye" sambungnya lg..

beberapa hari setelah itu istikaharah dibariskan memohon petunjukNya.. Insan yang sedang mencari itu tidaklah diketahui.. siapakah gerangannya, apakah namanya, dari manakah dia.. Semua menjadi tanda tanya yg masih belum ada buat masa itu.. Alhamdulillah, aku sudah punya jawapan..

"Bagaimana? Sudah ada jawapan?" Tanya orang tengah
"alhamdulillah nampaknya positif" jawabku melalui telefon
"Sudah solat istikaharah?" tanyanya lanjut
"Sudah" jawabku
"ok, insya'Allah nanti saya bincang dengan empunya diri dan kemudian inform awak" katanya lagi..
"sedikit mengenai dia.. ..." demikianlah sedikit penerangan mengenai lelaki itu..
dan sedikit soal jawabnya kpd ku untuk mengenaliku.. dan untuk diberitakan kepada calon tersebut..

beberapa hari kemudiannya..

"insya'Allah kami akan datang hari Rabu untuk tujuan ziarah" kata orang tengah..
"ok insya'Allah" isyarat faham..

seperti yang dijanjikan, mereka datang ke rumah pd hari rabu namun waktu itu diriku tidak ada d rumah. Berada di tempat kursus, menjadi fasi di sana untuk 4 hari. mereka maklum jam 6 petang diriku pulang ke rumah. Mereka tunggu sehingga diriku pulang.. setibanya diriku dirumah;

"Assalammua'laikum.. ustaz.." Memasuki rumah sambil menyapa kpd org tengah dan berlalu dari situ menuju ke bilik.

sesudah itu diriku mengambil wudhu' dan menunaikan solat asar.. seusai solat pintu diketuk, ayah memaklumkan mereka keluar sekejap untuk membeli cincin untukku.. Subhanallah terkejut diriku dibuatnya.. Masya'Allah.. Alhamdulillah.. cincin contoh diminta untuk mengetahui saiz jariku..

maka bertukarlah ZIARAH kepada RISIK.. alhamdulillah..

ku dimaklumkan ayah, minggu depan mereka datang untuk tujuan pertunanganku.. masya'Allah sekali lagi diriku dikejutkan dengan berita itu. Subhanallah,..

2 Mac 2011; Seperti yg dijanjikan, rombongan datang membawa dulang hantaran, berlakulah haripertunanganku pada hari itu.. Pada hari itu, diriku dimaklumkan bahawa pada 26/27 Mac 2011 akan dilansungkan pernikahan dan perkahwinanku.. Subhanallah..

Namun dengan izin Allah, pernikahan berlaku lebih awal daripada masanya; 19 Mac 2011.. alhamdulillah..

dan kini diriku sudah bergelar isteri bg seorang suami yang tidak pernah ku kenali sebelum ini. Inilah pilihan Allah untuk diriku.. Alhamdulillah.. syukurku padaNya, pemilik cintaku.. 




26 Mac 2011; Allah izin majlis perkahwinanku berlaku dalam kesederhanaan.. Kerana dalam masa yang singkat semua ini berlaku, maka ada yang ku terlepas pandang untuk menjemputnya.. sudilah memaafkan diriku..

alhamdulillah ya Allah.. jika sudah jodoh, akan Allah mudahkan jalannya... kini ku yakini.. Masya'Allah..

inilah kisah KAKAKU..

p/s: hindarilah diri kamu dari BERCOUPLE.BERCOUPLE itu hanya dapat dosa dan xde manfaatnya.
 janganlah risau tentang jodohmu..suatu hri nanti Allah akn ketemukan juga..kalau drimu baik,Allah akan bgi lelaki yang baik juga..(menjaga perhubungan dengan Allah) walaupun xCOUPLE kte akan ketemu juga..Insya Allah..

Isnin, 25 April 2011

Menikmati Rasa Memberi

   Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka   ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang   sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam      maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.   (Hadis Riwayat Muslim)
Memberi Contoh
Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkahlaku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya. Contohnya amalan suka bersedekah, mengajarkan ilmu yang baik, menjaga aurat dan sebagainya.
Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita sebagai ikutan mereka dengan bersikap suka menipu, berkelakuan tidak senonoh dan seumpamanya maka kita juga akan mendapat dosa yang sama seperti orang yang melakukannya.
Oleh itu berusahalah untuk menjadi individu yang baik dan terpuji kerana cerminan akhlak dan peribadi yang mulia akan menjulang kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Memberi Salam
Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat manakala menjawab salam adalah wajib. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.
Memberi Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam.
Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan.
Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.
Kebahagiaan Memberi
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya: "Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga". (at-Tirmidzi)
Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.
Ketika orang lain memberikan sesuatu pada kita, maka terimalah dengan hati yang ikhlas diiringi dengan senyuman dan ungkapkanlah kegembiraan hati kita kepadanya dengan ucapan terima kasih yang sebenarnya sangat bererti bagi orang yang memberi. Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.
Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain. Namun begitu apabila tibanya suatu saat di mana tibanya masa untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan suatu ketulusan, jangan merasa rendah diri, tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam erti kata lain "saat kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi sesuatu".

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ
 الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى
 وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ
 بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ 
صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa"
(Surah Al-Baqarah, 2: Ayat Ke 177)


wallahu a'lam

sumber:  islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...